Labu sira


Bahan-bahannya:

5 potong labu- (buang kulitnya)
sedikit kapur
4 sudu makan gula
5 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
3 sudu makan air


Cara-caranya:
1) Cuci bersih potongan labu tadi dan rendam dengan air kapur selama 15 minit-bila direndam dengan air kapur labu tidak mudah hancur dan isinya pejal.
2) Bilas dengan air bersih dan toskan labu tadi.
3) Masukkan dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan. Jika air dari labu tersebut sudah kering dan labu belum empuk, perlu ditambah lagi air. Selalunya jika kita memasak dengan kuantiti yang besar, tidak perlu tambah air kerana air dari labu itu sudah memadai untuk memasak labu.
4) Masukkan bunga cengkih dan daun pandan.
5) Apabila labu telah empuk, masukkan gula.
6) Masak labu sehingga airnya likat.

Cara hidangan:
Sesuai dimakan begitu saja atau makan bersama nasi putih dan nasi minyak.